Monday, March 21, 2011

Trip To SUNGEI LEMBING

Cite nie aku dah lame tulis.Tapi baru skang nak post..hihihi..Aku busy lah skang..So layannnnn

"Pada satu hari yang sangat bahagia aku telah join satu trip g panjat bukit (x ingat tarihk aku pergi bile).Best lah aku gi sane.Okey lah tanpa berlengah lagi jom layan trip aku ke SUNGEI LEMBING. Sebenarnya program aku tue ialah Projek Pendakian Bukit Panorama (tajuk nie aku reka sendiri).

Oleh kerana bukit terletak di SUNGEI LEMBING maka aku rumuskan yang hari nie merupakan hari melawat SUNGEI LEMBING.Untuk pengetahuan Sungei Lembing nie terletak di Kuantan, Pahang.Kawasan die agak pedalaman lah. Sebelum subuh kami dah gerak dalam pukul 5.15 pagi.Perjalanan memakan masa selama 40 minit.Aku naik kete sekali dengan akak senior kak tiqah aka driver,kak aini aka co-driver dan kawan aku miza.Kami bergerak secara konvoi sebanyak 6 buah kete.Tapi nak dijadikan cerita, sebelum pergi sane kami plan nak isi minyak dulu jadi kami pun pergi lah, sekali kete yang aku naik salah pergi tempat stesen minyak.Jadi x pasal-pasal kami dah lost kete-kete lain.Nak lagi thrill nye kami sume dalam kete tue x tau jalan nak pergi sane.Bajet-bajet memang nak follow kete lain coz kak tiqah x tau jalan. Akhirnya kami menggunakan konsep 'redah jer' (konsep nie aku reka sendiri).Kami ikut jer sign board Sg.Lembing. Jalan nak ke sane agak sunyilah plus gelap giler.Kami bawa perlahan jer.Biar lambat asal selamat (slogan baek punye).
Kami sampai around 6 pagi terus solat subuh berjemaah dekat surau area2x situ.Hasil pemerhatian aku pekan sg.lembing nie ramai kaum cina pasal aku tengok banyak kedai-kedai cina.Selesai solat kami terus gerak ke bukit panorama.Nanti kalau dah sampai kat puncak anda bakal melihat pemandangan yang sangat indah..Subhanallah..Untuk daki bukit nie kite kene gune tangga.Cube bayangkan daki bukit pakai tangga perghh memang penat lah.Tapi disebabkan kecekalan yang tinggi kami teruskan juga pendakian (ayat memang poyo habislah).Aku dah malas nak cite..tengok jelah gambar-gambar kat bawah..sumbangan daripada kawan aku..huhuhu  








Banyak jer lagi gambar.Tapi x kan nak tunjuk sume.Apa nak kate kat cnie trip nie memang best lah.View die pun not bad gak kan.Okey lah nak chow dulu.Kalau aku rajin aku post bende2x lain lagi.

p/s: hari nie line okay..so bnyak lah bleh upload gambar..kalu x ehmmm..x de nye..akhirnya dapat jgak aku post entry nie..dah lame ak simpan..sampai ketemu di hari lain..