Sunday, March 6, 2011

First Timer Fasilitator

Selamat pagi,
Hari Ahad macam nie syok kalau dapat tidur.Sebaliknya aku ada kelas plak hari nie.Sabar jelah.Kalau ade yang perasan post sebelum nie aku ade cakap ckit pasal big event yang sangat mendebarkan.Baiklah sekarang aku nak cita ape kebende big event tue.
Semalam seawal 7 pagi lagi aku dah bersiap untuk Program Seminar Kerjaya Bersama Pelajar Sekolah sekitar daerah Kuantan.Aku kene bersiap awal disebabkan pagi tue aku diminta utntuk mengawal trafik.Erti kate lain aku kene tunggu kat depan main gate UIA dan jadi penyambut tetamu yang hadir.Pagi tue aku juga secara x langsung dilantik menjadi mak cik guard  yang bertauliah.Time kasih kepada mirah kawan aku kerana bersama-sama menjalankan tugas ini dengan jaya nye.Hahaha.Walaupun banyak masalah dihadapi sepanjang kami menjadi penyambut tetamu.Kami turut kene bahan(gelak plus perli) dengan pak guard yang sebenar atas ketidak pandaian kami dalam memberi arahan.Biasalah ini merupakan pengalaman pertama aku dan kawanku.We learn from mistakes.
Kami tersadai main gate adalah dalam 2 jam.Pkul 9 pagi kami dijemput oleh Kak Teh untuk pergi ke tempat program.Sebelum tue lupe nak ucapkan Terima Kasih yang x terhingga kepada pakguard-pakguard sekalian.Jasamu amat dikenang.Tanpa diorang pasti lagi susah kami nak wat kerje kan..Adik-adik peserta dah start program masa kami sampai kat dewan.Tugas aku hari tue sebagai fasilitator.Ini merupakan perkara yang aku x pernah buat sepanjang hayat aku.Bayangkanlah betapa nervousnye aku pagi tue.Tapi x pe aku kene belajar untuk menempuh semua nie.Kalau x bile lagi aku nak buat sesuatu yang aku x pernah buat.Seramai 400 orang peseta terlibat dalam program nie.
Aku cite secara ringkasan jelah erk.Nanti panjang plak nak tulis semua.Peserta dibahagikan beberapa kumpulan kecil, satu kumpulan ada dalam 6-14 orang pelajar dan seorang Faci.Bayangkan seorang faci plus untuk first timer macam aku nie manelah aku x dapat penyakit Parkinsen on the spot.Bile dah sampai masa faci berjumpe dengan adik-adik untuk pertama kali, macam-macam bende datang dalam kepala aku nie.Semua tue aku x bleh nak digest dengan betul.Cuak giler kot.Tapi buat cool jer depan adik-adik.Mesti tunjuk confident depan adik-adik, biarpun dalam hati ada taman..eh silap dalam hati Allah saje yang tahu.Mula-mula semua orang awkward giler termasuk aku, lepas tue baru okey.Walaupun aku hampir nak give up dah tapi aku teruskan juga.Tambah plak bile aku tengok adik-adik nie, aku dapat satu semangat mengalir dalam tubuh aku yang menyuruh aku untuk tolong diorang walaupun ckit.Aku telah diberikan amanah dan aku perlu laksanakannya sebaik mungkin.Namun aku sedar masih banyak kekurangan sepanjang aku menjadi faci tapi aku harap sangat ini bukan yang terakhir kali tetapi sebagai permulaan untuk aku terus maju dalam dunia faci.Insyaallah..
Lastly, adik-adik semalam memang best.Adik-Adik Time kasih sebab nak kenal dengan akak walaupun mungkin ade yang x nak kenal pun.x pe akak paham.Kenangan yang amat beertilah buat akak.Banyak ilmu yang adik-adik bagi kat akak.Akak sayang adik-adik.SEMoga suatu hari nanti adik dapat ape yang adik hajati.Teristimewa:adik syaf,syasya,tiqah,nisah,mithraf,naim ,amir,afiqah,syafikah,anis.My First Adik.

p/s:aku dah lambat nak pergi kelas nie...sampai ketemu di entry akan datang..