Wednesday, February 23, 2011

Al-Kisah Di Lab Physiology

Hari nie aku sangat letih tahap x ingat lah.Over jer kan.Bukan aku nie time2x kelas memang letih ker, time weekend jer "mari kita enjoy!!" bak kata cik puteri tue.Sure-sure weekend adalah masa untuk aku menggantikan masa2x tido ku aka tido 12 jam.Ish ish ape punye manusia lah.Sambung balik cite pasal hari nie.

Petang tadi aku ada lab physio aka physiology.Aku ingat wat experimen lain rupenye wat experimen laen.Ehm bagus.Nasib baik aku malas nak baca lab manual before masuk lab tadi.(Jangan contohi amalan ini.Hanya untuk orang yang terlatih).Silalah anda percaya kata aku nie.Kalau tak confirm mase lab nanti anda bakal menjadi orang yang paling blurr plus x tau nak wat ape.

Nak dijadikan cerita, experimen tadi pasal kidney system aka nak kaji concentration of urine.Di sini nak ditekankan perkataan urine tue kerana ia merupakan sample utama untuk experimen tadi.Group-group aku sume dah muka x de perasaan kes malas nak wat experimen nie.Seorang ahli dalam satu group kene volunteer utk donate u bukan name sebenar.Oleh kerana tiada orang yg bermurah hati maka sistem undian telah menjadi pilihan.Hasil undian didapati bahawa aku lah orang yg bertuah itu.Aku sangat bertuah hari nie(ayat ada makna).Maka bermulalah misi aku sebagai bahan uji kaji aka experimen.Akhir kata experimen hari nie sangat letih dan menguji kesabaran.Nampak jer senang tapi rumit hakikatnya.Yelah x pernah dibuat orang pergi ulang-alik toilet sebanyak 5 kali dalam masa 2 jam.

Apa-apa pun ini semua adalah pengalaman dan salah satu proses mencari ilmu.Jadi apa saje yang kita lakukan mesti ikhlas dan sentiasa sabar.Untuk mencari ilmu bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dipermudahkan.

p/s: serius air garam yang aku minum tadi x sedap langsung.Kenapalah x bagi air sirap ke air cendol ke.Sedaplah ckit.(^_^)

Saturday, February 12, 2011

Deru Angin Pantai

Pagi tadi ade exam bm aka bahasa melayu.Adelah jawab dalam 45 minit macam tu.Masa untuk menjawab sejam.Tapi nak kuar awal lah.Tengok semua orang keluar awal aku pun nak kuar jgak lah.Lepas dah semak kertas banyak kali dan macam rase2x nak hantar sangat jer, aku pun hantar jelah kertas tu.Member2x lain pun dah blah.

Sebenarnye bukan nak cite pasal exam pagi tadi pun saje nak wat inro dulu.Exam pagi tadi merupakan exam last aku untuk midsem exam.Lame giler lah aku exam 3 minggu kot.Exam tue bape harie jer.Tapi berminggu-minggu nak habis.Olah kerana exam pagi tadi exam last..jeng..jeng..wat suspen..Maka aku ini telah menjadi x tau nak wat ape lepas dah hbis exam.Study?No mood.Tido?Tu jer yg ko tau.Ape lagi aku dah buntu.Hati nie rase nak kuar jer(nak kuar nak kuar nak kuar)..dah dah..jangan lebih-lebih.

Pejam celik petang pun tibe (ayat aku memang over kan).Tibe-tibe kawan aku yang macam tau jer isi hati aku yang sangat-sangat nak outing nie telah mengkhabarkan satu berita baik.Diorang ajak aku pergi tengok laut aka pantai.Ape pantai?aku dah start nak excited.Sape x excited kalu dapat tengok laut,ombak,angin laut(nie x bleh tengok tapi bleh rase),layang-layang,pelancong asing,pasir pantai,pokok-pokok,batu-batu,kayu-kayu dan banyak lagi lah.Seronok tue!!
Mula-mula ada problem ckit.Hampir-hampir aku x dapat pergi.Tapi rezeki aku dapat jugak pergi.PANTAI.The most feveret place aku lah tue.Bajet2x nak release tension lah kan.Habis posing sane posing sini kami pun bergerak lah ke destinasi seterusnya.Apa lagi destinasi makan lah.Malam ni aku makan satay.Tak rajin-rajin makan satay kat kedai selalu bungkus makan kat rumah.Hari nie special ckit (poyo gler aku).Ape pun nie lah antara pengalaman best aku.Pengalaman naik kete kawan aku bawa.Yelah besenye naik ngan family.
p/s: post suasana bARU tue post tersalah buat..tapi macam ok jer..hahahahaha..ade aku kesah(^_^)

Suasana bARU