Monday, October 31, 2011

Reunite after 4 years...

Salam,
Lame giler lah x update blog nie. Banyak nak tulis tapi selalu malas je nak tulis. Pada 8hb Oktober 2011 lepas aku telah buat kerja giler dengan pergi ke kl demi kawan2x tercinta. Pertemuan selepas 4 tahun tidak bersua muka. Rindu giler kot kat saeng2x aku nie. Akhirnya alhamdulillah dapat juga jumpa walaupun x semua boleh join. Overall aku punyi trip ke kl thumbs up lah. Letih tapi sangat memorable lah..

With Dayu and her housemates..Diorang best!!!

Sambil tunggu train..hehehe

DOMO from dayu..Me the green one..(^_^)

  
Makan-makan...Mc'ah camera woman..

  Ade lagi gambar tapi susah plak nak upload due to technical problems..Hehehe..M'ah sorry x de dalam gambar tapi ko tetap dalam hati aku..hahaha

p/s:bilelah dapat jumpe diorang lagi???

Wednesday, September 28, 2011

Biar Lambat Asal Dapat

HAPPY BELATED BIRTHDAY SYIDAH!!!


 AJA!!AJA!!FIGHTING!! 

kek 21 tahun.....

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan

Salam,
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia.
Sekarang dah x kerja pasal nak tolong mak kat rumah.
Banyak cerita nak tulis tapi x de mood nak taip..
Itu jelah rasenye...

p/s: tengah tunggu pendrive..nak tengok cite harry potter it all ends...

Friday, July 8, 2011

INSPIRATION.....

Salam,
woah such a long day (nak cakap omputih lah plak..huahua).Almost 3 months my holidays.That's mean my part time job as shopkeeper(pembantu kedai buku) almost 2 month and half.Unbelievable.So many story to share but no idea to start the story.I got one story to share.Seems like old story to me but its okay.
" 29 June 2011
  .......The story of me .Actually not really me.Part of me or maybe not part of me.Now as usual sat alone at shop.Today is a tough day and really sleepy.Last night helping my mum at her stall until 10.30 p.m.The same routine of me during this long holidays.Also last night had a long conversation with my good friend or I called her as 'Korean girl'. Just because she is the most advanced about k-pop stuff among my friends.I can say that all the k-pop issues are all in her hand..Hihihi..I'm happy with my holiday but truly say that I really tired and its really true that working is a more tough than studying.Sometimes I think study is more better than working.I also can feel the scariness in working world.I also think how some people could become workaholic or could manage their job with their personal life wisely.I think it is very difficult to do that.Thus, that's why I'm very respect to those people who become very successful in their job's life.
One of my reason do the part time job is to have working experience from below.And truly said it is very useful and good experience to me right now. Even though my job is not related to my study course.At least I got some ideas about working life.Besides I can improve my social skills,speaking with many people(either Malay or English)communication skills and many mores.I also got experience having a boss and learn how to deal with my boss.The tough part working here is of course related to money.Everyone need money but to handle that money wisely is very hard and need a good attention..to be continued..."

p/s: coming soon...story of INSPIRATION 2..meet someone that very inspiring me.

MidNightmy

My Supper...
p/s: makan chocolate boleh mendatangkan pelbagai penyakit...apa pun tak boleh..

Wednesday, May 11, 2011

Cuti Lame-lame

Salam,
Sebenarnya aku sedang bercuti yang sangat panjang.Tapi bila dikira-kira balik aku x cuti pun aku cuti belajar jer.Macam biase lah kan time2x cuti mesti ada target.Terget mase cuti aku:
1)Untuk menjadi seorang pekerja yang berdedikasi (chewah).Maklumlah sekarang nie aku tengah bekerja kat sebuah kedai alat2x tulis.Inilah kerja pertama seumur hidup aku.Macam x percaya jer.
2)Nak pergi tengok cite pirates of the caribbean yang latest.Macam mimpi jer.Mujur lah mak nak bagi aku pergi tengok wayang.
3)Layan K-pop seboleh yang mungkin.
4)Tolong mak kat kedai dengan kat rumah.Kalau boleh nak jadi anak mithali.Amin.Hihihi
Tue jer yang aku terpikir sekarang nie.Semoga berjaya hendaknya..

p/s:betulke aku masuk u bulan 9!!macam x caye jer..

Friday, April 15, 2011

My Rewards

Salam,
Baru saje siap kemas2x bilik pasal sem depan dah tak guna bilik yg same.Esok bermulalah perjalanan cutiku selama 5 bulan.Hah!5 BULAN!!Yup betul 5 bulan.Aku x de plan ape2x pun cuti nie.Rase nak kerja tapi x tau nak keje ape.Teruknya aku.Dont care.Yang penting nak balik rumah lepas tue cuti puas2x.Hahaha.Tadi kirim kat kawan beli nasi kat secret resepi..Hihi.Inilah reward selepas 7 paper final exam aku dah selamat jawab.Fuh.Semoga sukses dengan jayanya.Ok aku dah merepek malam2x nie.

                                                          Thats my rewards..Yummy2x.Kan kan??

p/s:esok nak naik bas pukul 8.30 pagi..semoga selamat sampai..amin..sakit gigi tapi makan kek.Bagus2x..(^_^)

Sunday, March 27, 2011

syidahtunes

Salam,
Oleh kerana aku desperate sangat nak menulis skang nie.
Jadi nie lah hasilnya: syidahtunes..ape bende lah plak nie
Dalam masa terdekat nie antara playlists lagu dalam mp3 aku:

1. MeloDrama
2. Randoms
3. Infinite& Dalmations
4. Big Bang 4th Album
5. SuJu M
6. super junior
7. B2st
8. DBSK
9. Hujan

Banyaklah plak..Adoi itu pun ada yang dah delete..

p/s:kebanyakkan lagu aku dengar dah outdated..tibe2x teringat cerite sorang akak pasal kawan die suke lagu yang dah outdated..Macam aku lah plak kawan die tue..(^_^)

Tuesday, March 22, 2011

Apa-apa aje

Salam..
Apalah aku nie.Hari nie satu kerje pun ak x wat.Kerje yang aku wat nye print notes utk revision final exam,selak-selak notes (selak jer),dan kerje2x harian aku..Apa nak jadilah ngan aku nie.Ishishish...

p/s:x de idea nak post pasal ape...

Monday, March 21, 2011

Trip To SUNGEI LEMBING

Cite nie aku dah lame tulis.Tapi baru skang nak post..hihihi..Aku busy lah skang..So layannnnn

"Pada satu hari yang sangat bahagia aku telah join satu trip g panjat bukit (x ingat tarihk aku pergi bile).Best lah aku gi sane.Okey lah tanpa berlengah lagi jom layan trip aku ke SUNGEI LEMBING. Sebenarnya program aku tue ialah Projek Pendakian Bukit Panorama (tajuk nie aku reka sendiri).

Oleh kerana bukit terletak di SUNGEI LEMBING maka aku rumuskan yang hari nie merupakan hari melawat SUNGEI LEMBING.Untuk pengetahuan Sungei Lembing nie terletak di Kuantan, Pahang.Kawasan die agak pedalaman lah. Sebelum subuh kami dah gerak dalam pukul 5.15 pagi.Perjalanan memakan masa selama 40 minit.Aku naik kete sekali dengan akak senior kak tiqah aka driver,kak aini aka co-driver dan kawan aku miza.Kami bergerak secara konvoi sebanyak 6 buah kete.Tapi nak dijadikan cerita, sebelum pergi sane kami plan nak isi minyak dulu jadi kami pun pergi lah, sekali kete yang aku naik salah pergi tempat stesen minyak.Jadi x pasal-pasal kami dah lost kete-kete lain.Nak lagi thrill nye kami sume dalam kete tue x tau jalan nak pergi sane.Bajet-bajet memang nak follow kete lain coz kak tiqah x tau jalan. Akhirnya kami menggunakan konsep 'redah jer' (konsep nie aku reka sendiri).Kami ikut jer sign board Sg.Lembing. Jalan nak ke sane agak sunyilah plus gelap giler.Kami bawa perlahan jer.Biar lambat asal selamat (slogan baek punye).
Kami sampai around 6 pagi terus solat subuh berjemaah dekat surau area2x situ.Hasil pemerhatian aku pekan sg.lembing nie ramai kaum cina pasal aku tengok banyak kedai-kedai cina.Selesai solat kami terus gerak ke bukit panorama.Nanti kalau dah sampai kat puncak anda bakal melihat pemandangan yang sangat indah..Subhanallah..Untuk daki bukit nie kite kene gune tangga.Cube bayangkan daki bukit pakai tangga perghh memang penat lah.Tapi disebabkan kecekalan yang tinggi kami teruskan juga pendakian (ayat memang poyo habislah).Aku dah malas nak cite..tengok jelah gambar-gambar kat bawah..sumbangan daripada kawan aku..huhuhu  








Banyak jer lagi gambar.Tapi x kan nak tunjuk sume.Apa nak kate kat cnie trip nie memang best lah.View die pun not bad gak kan.Okey lah nak chow dulu.Kalau aku rajin aku post bende2x lain lagi.

p/s: hari nie line okay..so bnyak lah bleh upload gambar..kalu x ehmmm..x de nye..akhirnya dapat jgak aku post entry nie..dah lame ak simpan..sampai ketemu di hari lain..

Sunday, March 6, 2011

First Timer Fasilitator

Selamat pagi,
Hari Ahad macam nie syok kalau dapat tidur.Sebaliknya aku ada kelas plak hari nie.Sabar jelah.Kalau ade yang perasan post sebelum nie aku ade cakap ckit pasal big event yang sangat mendebarkan.Baiklah sekarang aku nak cita ape kebende big event tue.
Semalam seawal 7 pagi lagi aku dah bersiap untuk Program Seminar Kerjaya Bersama Pelajar Sekolah sekitar daerah Kuantan.Aku kene bersiap awal disebabkan pagi tue aku diminta utntuk mengawal trafik.Erti kate lain aku kene tunggu kat depan main gate UIA dan jadi penyambut tetamu yang hadir.Pagi tue aku juga secara x langsung dilantik menjadi mak cik guard  yang bertauliah.Time kasih kepada mirah kawan aku kerana bersama-sama menjalankan tugas ini dengan jaya nye.Hahaha.Walaupun banyak masalah dihadapi sepanjang kami menjadi penyambut tetamu.Kami turut kene bahan(gelak plus perli) dengan pak guard yang sebenar atas ketidak pandaian kami dalam memberi arahan.Biasalah ini merupakan pengalaman pertama aku dan kawanku.We learn from mistakes.
Kami tersadai main gate adalah dalam 2 jam.Pkul 9 pagi kami dijemput oleh Kak Teh untuk pergi ke tempat program.Sebelum tue lupe nak ucapkan Terima Kasih yang x terhingga kepada pakguard-pakguard sekalian.Jasamu amat dikenang.Tanpa diorang pasti lagi susah kami nak wat kerje kan..Adik-adik peserta dah start program masa kami sampai kat dewan.Tugas aku hari tue sebagai fasilitator.Ini merupakan perkara yang aku x pernah buat sepanjang hayat aku.Bayangkanlah betapa nervousnye aku pagi tue.Tapi x pe aku kene belajar untuk menempuh semua nie.Kalau x bile lagi aku nak buat sesuatu yang aku x pernah buat.Seramai 400 orang peseta terlibat dalam program nie.
Aku cite secara ringkasan jelah erk.Nanti panjang plak nak tulis semua.Peserta dibahagikan beberapa kumpulan kecil, satu kumpulan ada dalam 6-14 orang pelajar dan seorang Faci.Bayangkan seorang faci plus untuk first timer macam aku nie manelah aku x dapat penyakit Parkinsen on the spot.Bile dah sampai masa faci berjumpe dengan adik-adik untuk pertama kali, macam-macam bende datang dalam kepala aku nie.Semua tue aku x bleh nak digest dengan betul.Cuak giler kot.Tapi buat cool jer depan adik-adik.Mesti tunjuk confident depan adik-adik, biarpun dalam hati ada taman..eh silap dalam hati Allah saje yang tahu.Mula-mula semua orang awkward giler termasuk aku, lepas tue baru okey.Walaupun aku hampir nak give up dah tapi aku teruskan juga.Tambah plak bile aku tengok adik-adik nie, aku dapat satu semangat mengalir dalam tubuh aku yang menyuruh aku untuk tolong diorang walaupun ckit.Aku telah diberikan amanah dan aku perlu laksanakannya sebaik mungkin.Namun aku sedar masih banyak kekurangan sepanjang aku menjadi faci tapi aku harap sangat ini bukan yang terakhir kali tetapi sebagai permulaan untuk aku terus maju dalam dunia faci.Insyaallah..
Lastly, adik-adik semalam memang best.Adik-Adik Time kasih sebab nak kenal dengan akak walaupun mungkin ade yang x nak kenal pun.x pe akak paham.Kenangan yang amat beertilah buat akak.Banyak ilmu yang adik-adik bagi kat akak.Akak sayang adik-adik.SEMoga suatu hari nanti adik dapat ape yang adik hajati.Teristimewa:adik syaf,syasya,tiqah,nisah,mithraf,naim ,amir,afiqah,syafikah,anis.My First Adik.

p/s:aku dah lambat nak pergi kelas nie...sampai ketemu di entry akan datang..

Friday, March 4, 2011

Biochem & Molec Lab

Salam,
Disini diisytiharkan bahawa biochem 2 dan molec(molecular biology) lab telah berakhir secara rasmi nye.Biochem lab dah habis hari isnin baru nie lagi.Molec lab baru jer habis petang tadi.Jadi tinggal lagi anatomy dengan physio lab.Kirenye nak cite kat cnie bahawa setelah bersusah payah(boleh caye ker), berusaha keras untuk menyiapkan lab-lab nie, akhirnya berakhir sudah segala kepayahan dan kesusahan itu.Hahaha.Moga-moga segala ilu yang aku perolehi semasa menjalankan eksperimen ak dapat lah apply kan mase FYP(final year project) nanti.Amboi jauh nye aku pikir.Nanti mase kerje pun bakal gune semua ilmu-ilmu nie.Insyaallah.Kat cnie nak juga ucapkan time kasih pada semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lab-lab nie.Haha.Gaya macam ucapan penghargaan lepas menang anugerah bintang popular berita harian(ABPBH) plak..

Patutnye ade satu post yang aku nak letak sebelum post nie.Tapi ade problem ckit.Jadi aku tunjuk nie jelah.(maaflah x bleh letak gambar.problem ckit).Banyak gak gambar diambil mase aku gi dop panjat bukit ape name ntah..Kalau x silap Panorama Hill.Bukit nie area sungai lembing kat kuantan.Tujuan pergi sane kononnye nak tengok matahari terbit.Orang putih cakap sunrise.Aku yang bajet x de kerje ni pun join lah.Semput gak lah nak redah tangga-tangga yang beratus2x tue.Nak kata sampai tercabut kaki nanti nampak sangat menipunye.Overall seronoklah pergi sane.Serius x tipu.

Sebelum aku blah dari sini(kasar betul aku tulis).Gurau jer.Untuk pengetahun esok aku ade big event yang sangat mendebarkan.Kalau nak tau cite sebenar tunggu lah erk untuk entry2x akan datang.Moga aku dapat buat sehabis baek untuk event esok.Amin.Fighting!!Fighting!!

p/s:post pasal Bukit Panorama tue is coming soon!!!

Wednesday, February 23, 2011

Al-Kisah Di Lab Physiology

Hari nie aku sangat letih tahap x ingat lah.Over jer kan.Bukan aku nie time2x kelas memang letih ker, time weekend jer "mari kita enjoy!!" bak kata cik puteri tue.Sure-sure weekend adalah masa untuk aku menggantikan masa2x tido ku aka tido 12 jam.Ish ish ape punye manusia lah.Sambung balik cite pasal hari nie.

Petang tadi aku ada lab physio aka physiology.Aku ingat wat experimen lain rupenye wat experimen laen.Ehm bagus.Nasib baik aku malas nak baca lab manual before masuk lab tadi.(Jangan contohi amalan ini.Hanya untuk orang yang terlatih).Silalah anda percaya kata aku nie.Kalau tak confirm mase lab nanti anda bakal menjadi orang yang paling blurr plus x tau nak wat ape.

Nak dijadikan cerita, experimen tadi pasal kidney system aka nak kaji concentration of urine.Di sini nak ditekankan perkataan urine tue kerana ia merupakan sample utama untuk experimen tadi.Group-group aku sume dah muka x de perasaan kes malas nak wat experimen nie.Seorang ahli dalam satu group kene volunteer utk donate u bukan name sebenar.Oleh kerana tiada orang yg bermurah hati maka sistem undian telah menjadi pilihan.Hasil undian didapati bahawa aku lah orang yg bertuah itu.Aku sangat bertuah hari nie(ayat ada makna).Maka bermulalah misi aku sebagai bahan uji kaji aka experimen.Akhir kata experimen hari nie sangat letih dan menguji kesabaran.Nampak jer senang tapi rumit hakikatnya.Yelah x pernah dibuat orang pergi ulang-alik toilet sebanyak 5 kali dalam masa 2 jam.

Apa-apa pun ini semua adalah pengalaman dan salah satu proses mencari ilmu.Jadi apa saje yang kita lakukan mesti ikhlas dan sentiasa sabar.Untuk mencari ilmu bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dipermudahkan.

p/s: serius air garam yang aku minum tadi x sedap langsung.Kenapalah x bagi air sirap ke air cendol ke.Sedaplah ckit.(^_^)

Saturday, February 12, 2011

Deru Angin Pantai

Pagi tadi ade exam bm aka bahasa melayu.Adelah jawab dalam 45 minit macam tu.Masa untuk menjawab sejam.Tapi nak kuar awal lah.Tengok semua orang keluar awal aku pun nak kuar jgak lah.Lepas dah semak kertas banyak kali dan macam rase2x nak hantar sangat jer, aku pun hantar jelah kertas tu.Member2x lain pun dah blah.

Sebenarnye bukan nak cite pasal exam pagi tadi pun saje nak wat inro dulu.Exam pagi tadi merupakan exam last aku untuk midsem exam.Lame giler lah aku exam 3 minggu kot.Exam tue bape harie jer.Tapi berminggu-minggu nak habis.Olah kerana exam pagi tadi exam last..jeng..jeng..wat suspen..Maka aku ini telah menjadi x tau nak wat ape lepas dah hbis exam.Study?No mood.Tido?Tu jer yg ko tau.Ape lagi aku dah buntu.Hati nie rase nak kuar jer(nak kuar nak kuar nak kuar)..dah dah..jangan lebih-lebih.

Pejam celik petang pun tibe (ayat aku memang over kan).Tibe-tibe kawan aku yang macam tau jer isi hati aku yang sangat-sangat nak outing nie telah mengkhabarkan satu berita baik.Diorang ajak aku pergi tengok laut aka pantai.Ape pantai?aku dah start nak excited.Sape x excited kalu dapat tengok laut,ombak,angin laut(nie x bleh tengok tapi bleh rase),layang-layang,pelancong asing,pasir pantai,pokok-pokok,batu-batu,kayu-kayu dan banyak lagi lah.Seronok tue!!
Mula-mula ada problem ckit.Hampir-hampir aku x dapat pergi.Tapi rezeki aku dapat jugak pergi.PANTAI.The most feveret place aku lah tue.Bajet2x nak release tension lah kan.Habis posing sane posing sini kami pun bergerak lah ke destinasi seterusnya.Apa lagi destinasi makan lah.Malam ni aku makan satay.Tak rajin-rajin makan satay kat kedai selalu bungkus makan kat rumah.Hari nie special ckit (poyo gler aku).Ape pun nie lah antara pengalaman best aku.Pengalaman naik kete kawan aku bawa.Yelah besenye naik ngan family.
p/s: post suasana bARU tue post tersalah buat..tapi macam ok jer..hahahahaha..ade aku kesah(^_^)

Suasana bARU

Saturday, January 15, 2011

First Time

Pagi tadi ade lab biochem..bayangkan lab time2x weekend nie sure-sure lah tahap kemalasan tinggi giler..
Malas-malas pun pegi gak ek..Ade hati x pegi kene firelah ngan group member.Bile sampai kat lab bajet-bajet lame lah nak wat eksperimen nye..nak ambil blood, nak wat solution baru n macam-macam lagi lah (case group ak kene repeat eksperimen)..Last-last tukang yg nak ambil blood nye x dapat datang..dah sah-sah kalu x de blood x bleh nak proceed eksperimen..ok x pe kami pun proceed utk wat solution baru..tunggu turn hampir lah dua jam..sekali bile nak wat nye ade dalam 15 minit macam tue jer...Memang x tau nak kata apelah..Sabar jelah..

Bile dah siap sume kami pun balik lah..Mase tengah tunggu turn tadi tiba-tiba terplan nak g tengok movie..Lepas hbs je lab tadi terus pegi kuar..Nak citenye ak ngan zati dengan berani tahap x ingat nye pegi layan horror movie..Memang horror lah plus nie japanese movie..The Shock Labyrinth die punye title.Dah lah ckit giler orng tengok (satu baris tue aku duduk ngan zati jer)..Memang sunyilah dan menambahkan ketakutan yang ada..Bile habis cite aku ngan zati dah macam orang ape jer.Aku tibe2x rase nak demam pun ade..

Sebelum balik kami pun mulalah operasi mencari bahan makanan utk malam nie..Aku dah x de selera dan x tau nak mkan ape..Zati okay jer..Pikir punye pikir akhirnye.....

                                                            x pernah2x beli sushi...

p/s: esok ade biochem lab lagi...hope experiment esok berjalan lancar dan siap...

 

Saturday, January 8, 2011

Terkandas di Lab

Aku tahu tajuk nie bunyinye agak seram..tapi kenyataannye...bacelah sendiri

'.....ok cite nye macam nie.petang jumaat semalam aku ade lab molec pada pukul 2.30 petang.hari jumaat jadi lab lewat ckit.Bas pun bertolak pukul 2.30 gak (driver lelaki).jadi kami sume ambil keputusan nak naik bas daripada jalan kaki tambah plak mase tue hujan jadi kami nak naik bas lah kan.ade je yang jalan kaki.Tapi x tahu lah kenapa kitorang nak naik bas jugak time tue.Mungkin takdir kot.Bile kami sampai di kuliah mase tue dah pukul 2.45 petang.Ok kami dah lewat 15 minit.Bile sampai kat lab kami jadi pelik sebab Nampak beberapa orang pelajar ade kat luar.Sedangkan lab dah start dan lecturer hari tue punctual plak.Jadi kami pun pelik lah.Aku pun dengan blur x tahu ape2x trylah bukak pintu lab yg aku sangkakan ketat nak bukak.aku dengan sepenuh tenaga bukak pintu tue.Ade dua student masuk tapi yang sorang tue kuar balik.Aku pun pelik.Rupenye sape yang datang lewat x bleh masuk.Aku agak bernasib baek sebab lecturer tue x berapa nampak muke aku yg kat pintu sebab aku sempat cover dgn kependekan aku nie.Tapi aku jadi kesian plak pada kawan aku yg dah masuk tapi kene kuar balik.malu kot.Semua orang kat dalam sure2x pandang kat diorang pastu kene halau.Bile kami tahu yang kami x dibenarkan masuk tue tibe2x jer aku rase sedih gler x tahu lah kenape.
Inilah kali pertama aku kene tunggu kat luar sebab masuk lambat.macam zaman kat sekolah menengah dulu je.nampaknye sejarah berulang lagi.Mule2x x rase malu sangat.tapi bile ramai lalu lalang kat koridor tue tibe2x jer rase malu n dah x de mood nak wat lab.Rase nak balik terus jer.Mase tue rase nak nangis gak.cume aku tahan jer mase tue.yelah ramai kot kat ctu.aku x kan lupe lah kejadian nie.Tapi x nak ingat dah kejadian nie.Hampir 30 minit kami tunggu kat luar macam ape jer.mase tue memang x de mood langsung nak wat lab.Sedih sangat.lepas tue kami masuk.Cuba buat muke yng selambe yg mungkin tapi tibe2x jer aku sedar sume orang perhatikan kami sampailah kami cari meja di belakang.dengan pandangan orang yang x best langsung tue menambahkan kesedihan aku.ade lagi cite yg terjadi tapi x nak lah cite dah.
Cume nak cite kejadian dihalau tadi agak mengguris hati aku nilah.tambah plak sume orang pandang pelik lagilah aku jadi sedih.aku x tahu kenape aku jadi emosi tapi serius aku sedih gler.aku x plan langsung nak datang lambat.entahlah maybe my bad.something wrong somewhere.i don’t know. I just accept this n x nak ulang lagi kejadian yang same.setiap sesuatu yang tejadi pasti ade sebab disebalik nye. Ha lupe nak cite yang aku ade cakap mase kat atas bas kat kawan aku mase nak g lab tue macam nie ‘wah nasib baek junior ramai jalan kaki, bleh naik bas, kalu x mesti x dapat naek’ lebih kurang macam tulah.agak2x mesti sebab nie aku jadi sampai kene halau dari lab kot.as I mention earlier my bad....'

p/s:sumber cite dari folder a computer aku