Sunday, March 27, 2011

syidahtunes

Salam,
Oleh kerana aku desperate sangat nak menulis skang nie.
Jadi nie lah hasilnya: syidahtunes..ape bende lah plak nie
Dalam masa terdekat nie antara playlists lagu dalam mp3 aku:

1. MeloDrama
2. Randoms
3. Infinite& Dalmations
4. Big Bang 4th Album
5. SuJu M
6. super junior
7. B2st
8. DBSK
9. Hujan

Banyaklah plak..Adoi itu pun ada yang dah delete..

p/s:kebanyakkan lagu aku dengar dah outdated..tibe2x teringat cerite sorang akak pasal kawan die suke lagu yang dah outdated..Macam aku lah plak kawan die tue..(^_^)

Tuesday, March 22, 2011

Apa-apa aje

Salam..
Apalah aku nie.Hari nie satu kerje pun ak x wat.Kerje yang aku wat nye print notes utk revision final exam,selak-selak notes (selak jer),dan kerje2x harian aku..Apa nak jadilah ngan aku nie.Ishishish...

p/s:x de idea nak post pasal ape...

Monday, March 21, 2011

Trip To SUNGEI LEMBING

Cite nie aku dah lame tulis.Tapi baru skang nak post..hihihi..Aku busy lah skang..So layannnnn

"Pada satu hari yang sangat bahagia aku telah join satu trip g panjat bukit (x ingat tarihk aku pergi bile).Best lah aku gi sane.Okey lah tanpa berlengah lagi jom layan trip aku ke SUNGEI LEMBING. Sebenarnya program aku tue ialah Projek Pendakian Bukit Panorama (tajuk nie aku reka sendiri).

Oleh kerana bukit terletak di SUNGEI LEMBING maka aku rumuskan yang hari nie merupakan hari melawat SUNGEI LEMBING.Untuk pengetahuan Sungei Lembing nie terletak di Kuantan, Pahang.Kawasan die agak pedalaman lah. Sebelum subuh kami dah gerak dalam pukul 5.15 pagi.Perjalanan memakan masa selama 40 minit.Aku naik kete sekali dengan akak senior kak tiqah aka driver,kak aini aka co-driver dan kawan aku miza.Kami bergerak secara konvoi sebanyak 6 buah kete.Tapi nak dijadikan cerita, sebelum pergi sane kami plan nak isi minyak dulu jadi kami pun pergi lah, sekali kete yang aku naik salah pergi tempat stesen minyak.Jadi x pasal-pasal kami dah lost kete-kete lain.Nak lagi thrill nye kami sume dalam kete tue x tau jalan nak pergi sane.Bajet-bajet memang nak follow kete lain coz kak tiqah x tau jalan. Akhirnya kami menggunakan konsep 'redah jer' (konsep nie aku reka sendiri).Kami ikut jer sign board Sg.Lembing. Jalan nak ke sane agak sunyilah plus gelap giler.Kami bawa perlahan jer.Biar lambat asal selamat (slogan baek punye).
Kami sampai around 6 pagi terus solat subuh berjemaah dekat surau area2x situ.Hasil pemerhatian aku pekan sg.lembing nie ramai kaum cina pasal aku tengok banyak kedai-kedai cina.Selesai solat kami terus gerak ke bukit panorama.Nanti kalau dah sampai kat puncak anda bakal melihat pemandangan yang sangat indah..Subhanallah..Untuk daki bukit nie kite kene gune tangga.Cube bayangkan daki bukit pakai tangga perghh memang penat lah.Tapi disebabkan kecekalan yang tinggi kami teruskan juga pendakian (ayat memang poyo habislah).Aku dah malas nak cite..tengok jelah gambar-gambar kat bawah..sumbangan daripada kawan aku..huhuhu  








Banyak jer lagi gambar.Tapi x kan nak tunjuk sume.Apa nak kate kat cnie trip nie memang best lah.View die pun not bad gak kan.Okey lah nak chow dulu.Kalau aku rajin aku post bende2x lain lagi.

p/s: hari nie line okay..so bnyak lah bleh upload gambar..kalu x ehmmm..x de nye..akhirnya dapat jgak aku post entry nie..dah lame ak simpan..sampai ketemu di hari lain..

Sunday, March 6, 2011

First Timer Fasilitator

Selamat pagi,
Hari Ahad macam nie syok kalau dapat tidur.Sebaliknya aku ada kelas plak hari nie.Sabar jelah.Kalau ade yang perasan post sebelum nie aku ade cakap ckit pasal big event yang sangat mendebarkan.Baiklah sekarang aku nak cita ape kebende big event tue.
Semalam seawal 7 pagi lagi aku dah bersiap untuk Program Seminar Kerjaya Bersama Pelajar Sekolah sekitar daerah Kuantan.Aku kene bersiap awal disebabkan pagi tue aku diminta utntuk mengawal trafik.Erti kate lain aku kene tunggu kat depan main gate UIA dan jadi penyambut tetamu yang hadir.Pagi tue aku juga secara x langsung dilantik menjadi mak cik guard  yang bertauliah.Time kasih kepada mirah kawan aku kerana bersama-sama menjalankan tugas ini dengan jaya nye.Hahaha.Walaupun banyak masalah dihadapi sepanjang kami menjadi penyambut tetamu.Kami turut kene bahan(gelak plus perli) dengan pak guard yang sebenar atas ketidak pandaian kami dalam memberi arahan.Biasalah ini merupakan pengalaman pertama aku dan kawanku.We learn from mistakes.
Kami tersadai main gate adalah dalam 2 jam.Pkul 9 pagi kami dijemput oleh Kak Teh untuk pergi ke tempat program.Sebelum tue lupe nak ucapkan Terima Kasih yang x terhingga kepada pakguard-pakguard sekalian.Jasamu amat dikenang.Tanpa diorang pasti lagi susah kami nak wat kerje kan..Adik-adik peserta dah start program masa kami sampai kat dewan.Tugas aku hari tue sebagai fasilitator.Ini merupakan perkara yang aku x pernah buat sepanjang hayat aku.Bayangkanlah betapa nervousnye aku pagi tue.Tapi x pe aku kene belajar untuk menempuh semua nie.Kalau x bile lagi aku nak buat sesuatu yang aku x pernah buat.Seramai 400 orang peseta terlibat dalam program nie.
Aku cite secara ringkasan jelah erk.Nanti panjang plak nak tulis semua.Peserta dibahagikan beberapa kumpulan kecil, satu kumpulan ada dalam 6-14 orang pelajar dan seorang Faci.Bayangkan seorang faci plus untuk first timer macam aku nie manelah aku x dapat penyakit Parkinsen on the spot.Bile dah sampai masa faci berjumpe dengan adik-adik untuk pertama kali, macam-macam bende datang dalam kepala aku nie.Semua tue aku x bleh nak digest dengan betul.Cuak giler kot.Tapi buat cool jer depan adik-adik.Mesti tunjuk confident depan adik-adik, biarpun dalam hati ada taman..eh silap dalam hati Allah saje yang tahu.Mula-mula semua orang awkward giler termasuk aku, lepas tue baru okey.Walaupun aku hampir nak give up dah tapi aku teruskan juga.Tambah plak bile aku tengok adik-adik nie, aku dapat satu semangat mengalir dalam tubuh aku yang menyuruh aku untuk tolong diorang walaupun ckit.Aku telah diberikan amanah dan aku perlu laksanakannya sebaik mungkin.Namun aku sedar masih banyak kekurangan sepanjang aku menjadi faci tapi aku harap sangat ini bukan yang terakhir kali tetapi sebagai permulaan untuk aku terus maju dalam dunia faci.Insyaallah..
Lastly, adik-adik semalam memang best.Adik-Adik Time kasih sebab nak kenal dengan akak walaupun mungkin ade yang x nak kenal pun.x pe akak paham.Kenangan yang amat beertilah buat akak.Banyak ilmu yang adik-adik bagi kat akak.Akak sayang adik-adik.SEMoga suatu hari nanti adik dapat ape yang adik hajati.Teristimewa:adik syaf,syasya,tiqah,nisah,mithraf,naim ,amir,afiqah,syafikah,anis.My First Adik.

p/s:aku dah lambat nak pergi kelas nie...sampai ketemu di entry akan datang..

Friday, March 4, 2011

Biochem & Molec Lab

Salam,
Disini diisytiharkan bahawa biochem 2 dan molec(molecular biology) lab telah berakhir secara rasmi nye.Biochem lab dah habis hari isnin baru nie lagi.Molec lab baru jer habis petang tadi.Jadi tinggal lagi anatomy dengan physio lab.Kirenye nak cite kat cnie bahawa setelah bersusah payah(boleh caye ker), berusaha keras untuk menyiapkan lab-lab nie, akhirnya berakhir sudah segala kepayahan dan kesusahan itu.Hahaha.Moga-moga segala ilu yang aku perolehi semasa menjalankan eksperimen ak dapat lah apply kan mase FYP(final year project) nanti.Amboi jauh nye aku pikir.Nanti mase kerje pun bakal gune semua ilmu-ilmu nie.Insyaallah.Kat cnie nak juga ucapkan time kasih pada semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lab-lab nie.Haha.Gaya macam ucapan penghargaan lepas menang anugerah bintang popular berita harian(ABPBH) plak..

Patutnye ade satu post yang aku nak letak sebelum post nie.Tapi ade problem ckit.Jadi aku tunjuk nie jelah.(maaflah x bleh letak gambar.problem ckit).Banyak gak gambar diambil mase aku gi dop panjat bukit ape name ntah..Kalau x silap Panorama Hill.Bukit nie area sungai lembing kat kuantan.Tujuan pergi sane kononnye nak tengok matahari terbit.Orang putih cakap sunrise.Aku yang bajet x de kerje ni pun join lah.Semput gak lah nak redah tangga-tangga yang beratus2x tue.Nak kata sampai tercabut kaki nanti nampak sangat menipunye.Overall seronoklah pergi sane.Serius x tipu.

Sebelum aku blah dari sini(kasar betul aku tulis).Gurau jer.Untuk pengetahun esok aku ade big event yang sangat mendebarkan.Kalau nak tau cite sebenar tunggu lah erk untuk entry2x akan datang.Moga aku dapat buat sehabis baek untuk event esok.Amin.Fighting!!Fighting!!

p/s:post pasal Bukit Panorama tue is coming soon!!!