Wednesday, February 23, 2011

Al-Kisah Di Lab Physiology

Hari nie aku sangat letih tahap x ingat lah.Over jer kan.Bukan aku nie time2x kelas memang letih ker, time weekend jer "mari kita enjoy!!" bak kata cik puteri tue.Sure-sure weekend adalah masa untuk aku menggantikan masa2x tido ku aka tido 12 jam.Ish ish ape punye manusia lah.Sambung balik cite pasal hari nie.

Petang tadi aku ada lab physio aka physiology.Aku ingat wat experimen lain rupenye wat experimen laen.Ehm bagus.Nasib baik aku malas nak baca lab manual before masuk lab tadi.(Jangan contohi amalan ini.Hanya untuk orang yang terlatih).Silalah anda percaya kata aku nie.Kalau tak confirm mase lab nanti anda bakal menjadi orang yang paling blurr plus x tau nak wat ape.

Nak dijadikan cerita, experimen tadi pasal kidney system aka nak kaji concentration of urine.Di sini nak ditekankan perkataan urine tue kerana ia merupakan sample utama untuk experimen tadi.Group-group aku sume dah muka x de perasaan kes malas nak wat experimen nie.Seorang ahli dalam satu group kene volunteer utk donate u bukan name sebenar.Oleh kerana tiada orang yg bermurah hati maka sistem undian telah menjadi pilihan.Hasil undian didapati bahawa aku lah orang yg bertuah itu.Aku sangat bertuah hari nie(ayat ada makna).Maka bermulalah misi aku sebagai bahan uji kaji aka experimen.Akhir kata experimen hari nie sangat letih dan menguji kesabaran.Nampak jer senang tapi rumit hakikatnya.Yelah x pernah dibuat orang pergi ulang-alik toilet sebanyak 5 kali dalam masa 2 jam.

Apa-apa pun ini semua adalah pengalaman dan salah satu proses mencari ilmu.Jadi apa saje yang kita lakukan mesti ikhlas dan sentiasa sabar.Untuk mencari ilmu bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dipermudahkan.

p/s: serius air garam yang aku minum tadi x sedap langsung.Kenapalah x bagi air sirap ke air cendol ke.Sedaplah ckit.(^_^)